Bidang pekerjaan di Malaysia yang semakin tepu telah mewujudkan pelbagai bentuk pekerjaan sendiri. Ada di antara kita mengambil kesempatan ini untuk membuka perniagaan berlandaskan kepakaran masing-masing. Perniagaan di bawah industri kecil dan sederhana sememangnya menjadi antara penyumbang terpenting ekonomi negara.
Daripada perniagaan secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dengan pelanggan yang terhad sehinggalah berkembang kepada bentuk perniagaan secara enterprise dan kemudian sendirian berhad dan seterusnya dengan capaian pelanggan tanpa sempadan memerlukan komitmen yang amat tinggi daripada peniaga itu sendiri.
Kualiti produk yang diniagakan, aktiviti promosi, kuantiti pengeluaran dan sebagainya menuntut komitmen yang tinggi oleh pemilik perniagaan. Namun bagaimana pula dengan percukaian yang dimestikan dalam perniagaan?
Umumnya setiap individu yang menjalankan perniagaan di Malaysia diwajibkan untuk mengisytiharkan pendapatan bagi perniagaan yang dimiliki. Pendapatan yang telah diisytiharkan penting supaya jumlah cukai yang akan dikenakan dapat diketahui melalui kaedah pengiraan tertentu.
Prosedur yang kompleks ini mungkin sukar untuk dilakukan oleh sesetengah peniaga ataupun mengalami kekangan masa untuk meletakkan komitmen dalam membuat pengiraan terhadap percukaian berkaitan. Pengetahuan yang terhad dalam kaedah percukaian juga menjadi sesetengah peniaga mengambil ringan dengan pembayaran cukai dan akhirnya cukai pada tahun tersebut gagal untuk dilunaskan. Namun, kini terdapat pelbagai pihak yang boleh membantu. Terdapat pakar cukai yang boleh peniaga lantik bagi membantu dalam buat cukai perniagaan. Salah satunya adalah di Genuine Consultancy Sdn. Bhd. Genuine Consultancy Sdn. Bhd. Menjalankan servis buat cukai perniagaan bagi membantu usahawan dan peniaga kecil dan sederhana yang kekurangan ilmu berkaitan perakaunan dan percukaian.
Mengapa anda perlu berurusan dengan Genuine Consultancy?
Syarikat ini menjalankan servis buat cukai perniagaan secara pantas dan efisien. Berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan mempunyai lebih 15 akauntan tetap dan lebih 20 akauntan sambilan yang cekap dan terlatih, menjadikan syarikat ini menjadi antara yang terbaik yang peniaga dapat lantik bagi membantu membuat cukai perniagaan.
Genuine Consultancy Sdn. Bhd. turut menjalankan ‘coaching’ secara percuma bagi enam modul ‘tax planning’ serta seminar eksklusif dan juga perancangan kewangan secara perseorangan atau ‘one-to-one’ selama tiga jam kepada para pelanggan yang berurusan dengan mereka.
Tak cukup dengan itu, mereka turut menyokong para pelanggan dengan mengadakan kumpulan secara menumpu menggunakan aplikasi ‘Whatsapp’ untuk sentiasa terus kekal berhubung serta memberi nasihat secara pantas sekiranya terdapat permasalahan berbangkit. Ia akan dikawal selia oleh tiga orang wakil daripadan Genuine Consultancy Sdn. Bhd. Sendiri yang arif dan berpengalaman dalam bidang yang diketengahkan.
Servis buat cukai perniagaan secara premium ini disertakan dengan harga yang amat berbaloi dan mampu milik. Bukan itu sahaja servis buat cukai perniagaan yang ditawarkan juga tidak mempunyai kos tersembunyi. Tiada kos yang menyebabkan anda berfikir dua kali untuk menggunakan perkhidmatan daripada Genuine Consultancy Sdn. Bhd. Ini. Tiada caj perjalanan, kos-kos pengurusan ataupun kos-kos penyelenggaraan dan sebagainya.
Pendek kata Genuine Consultancy Sdn. Bhd. dapat membantu anda untuk menyusun atur dan mencantikkan cukai dan akaun anda bagi merealisasikan impian anda untuk membeli rumah, membeli kereta idaman, mudah mendapatkan pinjaman perniagaan serta dapat menggunakan hasil pendapatan perniagaan anda secara optimum dengan meminimumkan pembayaran cukai bagi perniagaan anda.
Mengapa anda perlu mendapatkan servis buat cukai perniagaan? Ramai yang mungkin tertanya-tanya apa akan berlaku jika sekiranya kita gagal membayar cukai seperti mana yang telah ditetapkan. Tambahan pula bagi anda yang mempunyai perniagaan persendirian dan tidak pernah mendaftar cukai. Proses pengisytiharan cukai adalah proses yang mudah namun bukan semua orang mampu melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah yang betul. Bagaimana pula sekiranya perkara ini berlanjutan? Dalam situasi ini servis buat cukai perniagaan amatlah diperlukan.
Terdapat beberapa masalah yang akan anda lalui sekiranya gagal membayar cukai terutamanya di sini, cukai perniagaan. Pertama, hutang cukai akan terus bertambah. Pengiraan cukai akan dikira secara kumulatif. Jika sekiranya anda gagal untuk membayar cukai pada tahun pertama anda akan mengalami sedikit kesukaran pada tahun berikutnya.
Bayangkan jika anda gagal membayar cukai selama bertahun-tahun. Bukan sahaja dengan nilaian cukai yang dikira secara kumulatif. Bahkan anda juga akan dikenakan penalti kerana gagal membayar cukai seperti yang telah ditetapkan.
Yang kedua, anda akan dikenakan penalti atau denda bayaran sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Semakin banyak cukai yang tertunggak, semakin banyak penalti yang akan dikenakan. Ada sesetengah individu dan juga syarikat yang terpaksa di isytihar bankrap kerana tidak mampu membayar nilai cukai yang tertunggak berserta penalti angkara memandang ringan melunaskan bayaran cukai yang ditetapkan setiap tahun.
Anda juga berisiko untuk dikenakan tindakan mahkamah ataupun penjara. Harta benda dan barangan peribadi mungkin akan disita bergantung kepada nilai cukai yang gagal dijelaskan. Bagi anda yang gemar bercuti ke luar negara, anda mungkin terhalang daripada berbuat demikian sekiranya gagal membayar cukai untuk satu tempoh masa tertentu.
Sekatan yang dikenakan oleh jabatan imigresen itu akan dikenakan ke atas individu ataupun pengarah syarikat yang gagal membayar cukai pendapatan, cukai perniagaan dan sebagainya. Anda perlu menjelaskan tunggakan cukai terbabit sekiranya ingin halangan tersebut ditarik balik.
Genuine Consultancy Sdn. Bhd. dimiliki sepenuhnya oleh Genuine Holding Sdn. Bhd.. Ia juga mempunyai sebuah lagi anak syarikat iaitu Genuine Secretary Sdn. Bhd.. Genuine Consultancy Sdn. Bhd. juga mempunyai kepakaran dalam mengembangkan perniagaan pelanggan mereka daripada biasa-biasa menjadi luar biasa.
Syarikat ini dapat membantu anda yang ingin berjaya dalam perniagaan serta menyediakan servis buat cukai perniagaan meliputi anda yang berada di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Melaka, Kelantan dan Ipoh serta kawasan sekitarnya.
Dapatkan segala maklumat terperinci tentang perkhidmatan Genuine Consultancy Sdn. Bhd. di https://pakarcukai.com.my. kini segalanya hanya dihujung jari. Anda pasti akan berpuas hati dan kembali lagi untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Genuine Consultancy Sdn. Bhd.