
Kebiasaan bagi sesebuah syarikat, Jun adalah bulan yang sibuk sikit. Selain dari half year closing, pada 30 Jun ini lah syarikat akan sibuk untuk mengemukakan borang nyata cukai ke LHDN. Bagi syarikat sdn bhd, di sini Pakar Cukai nak share sikit tips cukai sdn bhd supaya dapat meminimumkan kesalahan dalam borang atau e-filling yang dihantar.
Pendaftaran Fail Cukai
Sebelum kami share tips cukai sdn bhd, nak tanya dulu samada anda dah buat pendaftaran fail cukai atau belum? Tahu tak sesebuah syarikat yang sudah memulakan operasi perniagaan, perlu kemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Permohonan ini boleh dibuat terus ke cawangan pejabat HASIL yang berhampiran dengan alamat surat menyurat atau di mana-mana cawangan HASIL. Ok, kalau yang ini sudah dibuat, jangan lupa pendaftaran Fail Majikan (E) pun kena daftar tau! Tak kisah lah walaupun syarikat anda adalah syarikat dorman.
Syarikat dorman? Apa tu? Dorman ni ialah syarikat yang tidak pernah beroperasi sejak ia ditubuhkan atau syarikat yang pernah beroperasi tetapi telah berhenti berniaga dan ditutup.
Untuk syarikat yang masih beroperasi ini tips cukai sdn bhd yang Pakar Cukai boleh share, semasa nak daftar fail cukai pastikan dokumen berikut dibawa sekali:-
- Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016
- Notis pertukaran dalam daftar pengarah, pengurus, dan setiausaha di bawah seksyen 58 Akta Syarikat 2016
Dah selesai semua dan nombor rujukan cukai dah didaftar, syarikat perlu mengemukakan e-CP204 dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula beroperasi. Untuk info lanjut boleh rujuk ke laman web ez.hasil.
Bayaran anggaran cukai pula akan dikira pada bulan keenam tempoh asas bagi tahun taksiran pertama syarikat. Setakat ni faham tak?
Jika agak sukar untuk buat dan tiada kepakaran, jangan risau Pakar Cukai ada untuk bantu dan tak perlu pening kepala. Serahkan pada yang lebih pakar.
Pelepasan Cukai Sdn Bhd
Tips cukai sdn bhd ini yang paling digemari. Bagaimana nak dapat pelepasan cukai sdn bhd? Lagi banyak pelepasan lagi suka kan?
Ini kami kongsikan sedikit pelepasan cukai yang banyak syarikat terlepas pandang. Apa itu?
- Menggajikan pekerja yang berusia lebih dari 60 tahun di mana gajinya tidak melebihi RM4,000 sebulan.
- Membantu pekerja dengan membayar hutang PTPTN mereka. Tapi ada syarat-syaratnya juga tau. Syarat-syaratnya:-
- Pekerja itu mestilah pekerja sepenuh masa, bukan pekerja part time atau staff sementara.
- Majikan perlu buat bayaran terus bagi pihak pekerja kepada PTPTN, bukannya beri kepada pekerja untuk dibayar kepada PTPTN.
- Pekerja tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran sebagai balasan. Makna kata majikan tidak boleh potong gaji pekerja untuk buat pembayaran kepada PTPTN.
- Tiada amaun maksimum atau minimum bagi menikmati insentif ini. Ini bermakna jika majikan hanya bayar sebulan RM50 pun boleh.
- Sejak tahun 2016, syarikat yang menggajikan pekerja OKU, boleh mendapatkan pelepasan cukai dua kali ganda tau. Selain dari tu setiap 10 tahun, pelepasan akan diberikan jika ada buat pengubahsuaian ke atas premis bagi kemudahan OKU, contohnya tandas untuk kegunaan OKU.
Antara lain tips cukai sdn bhd, perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai syarikat iaitu:-
- Perbelanjaan yang hasilkan pendapatan seperti, pembayaran gaji, potongan KWSP dan sewa premis.
- Sumbangan kepada perpustakaan.
- Sumbangan kepada badan amal atau projek awam.
Sebenarnya ada banyak lagi tips cukai sdn bhd terutama bagi mereka yang baru membuka syarikat dan beroperasi. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita tidak boleh lari dari membayar cukai kerana denda atau penalti yang bakal dikenakan pasti lebih banyak dari cukai yang sepatutnya dibayar. Jadi, di Pakar Cukai kami boleh bantu buat semua ni untuk anda, dengan kepakaran team kami pasti memudahkan kerja anda. Hubungi kami untuk info lanjut.