Saban hari, dapat kita lihat kemunculan perniagaan atau bisnes kecil-kecilan yang diusahakan oleh pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Namun begitu, terdapat pelbagai masalah yang mungkin muncul apabila melibatkan cukai yang harus dilunaskan. Usah risau, tahukah anda bahawa ada pihak yang menawarkan servis cukai yang diterima bank dan kerajaan?

Pengurusan cukai bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi apabila melibatkan sektor perniagaan. Justeru, menyerahkan urusan tersebut kepada pihak yang lebih mahir adalah amat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah bijak dalam memilih servis cukai yang ditawarkan kerana jika tersalah pilih, anda akan berhadapan risiko kerugian wang dan masa, denda, atau prosedur yang lebih kompleks. 

Menyedari akan hakikat tidak semua syarikat perniagaan terutama perniagaan kecil dan sederhana berupaya untuk menguruskan cukai dengan baik, pihak Genuine Consultancy Sdn Bhd tampil membantu dengan menawarkan servis cukai yang mudah, berpatutan, dan yang penting diterima bank serta kerajaan. 

Sebelum kita ke servis cukai yang ditawarkan oleh Genuine Consultancy, ayuh kita mengenali syarikat ini dengan lebih dekat. Genuine Consultancy Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Genuine Holdings Sdn Bhd yang juga mempunyai sebuah lagi anak syarikat yang dinamakan Genuine Secretary Sdn Bhd.

Genuine Consultancy Sdn Bhd ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu usahawan kecil dan sederhana pada dasarnya yang tidak mempunyai masa untuk mendalami ilmu pengurusan akaun dan cukai. Selain itu, ia juga telah berjaya membantu mengembangkan perniagaan pelanggan kepada perniagaan bersaiz korporat. 

Tentu sekali anda ingin tahu mengenai servis cukai oleh Genuine Consultancy Sdn Bhd, bukan? Di sini kami rangkumkan 5 sebab utama mengapa anda wajib memilih Genuine Consultancy Sdn Bhd. 

1. Servis yang mudah, cepat, dan berkualiti

Genuine Consultancy Sdn Bhd mempunyai lebih 15 kakitangan tetap yang mahir dan berpengalaman dalam menguruskan servis cukai serta dibantu oleh 20 kakitangan sambilan, urusan cukai anda pasti siap dalam tempoh 3 – 5 hari bekerja. 

Anda tidak perlu ragu-ragu akan kecekapan mereka dalam menguruskan percukaian syarikat anda kerana ia terbukti berkualiti dan diterima oleh kesemua bank dan sektor kerajaan. Hal ini amat bermanfaat buat anda yang ingin meminimakan bayaran cukai mahupun membuat pinjaman perniagaan untuk memajukan syarikat. 

2. Harga yang berpatutan tanpa kos tersembunyi

Seiring dengan nama syarikat iaitu Genuine yang bermaksud telus, syarikat ini amat mementingkan ketelusan apabila ia membabitkan harga cas servis cukai kepada pelanggan. Lebih menarik lagi, syarikat ini tidak mengenakan sebarang kos tersembunyi kepada pelanggan seperti kos perjalanan, fotostat, atau maintenance

Mereka juga menawarkan servis yang setanding kualiti premium pada harga yang amat berpatutan. Bagi mereka, kepuasan pelanggan perlu diutamakan selari dengan misi mereka untuk membantu usahawan kecil dan sederhana untuk menguruskan syarikat dengan lebih baik dan mengembangkannya. 

3. Panduan, latihan, dan pemantauan yang menyeluruh

Selain itu, mereka juga memberikan panduan, latihan, serta pemantauan yang menyeluruh seperti free coaching dan seminar eksklusif kepada pelanggan. Mereka mengadakan sesi Free Coaching 6 Modul Tax Planning dan perancangan kewangan secara one-on-one selama 3 jam. Berbaloi, bukan?

Mereka juga mewujudkan Whatsapp group support secara eksklusif kepada pelanggan. Ia dikawal selia oleh 3 orang wakil pasukan Genuine Consultancy Sdn Bhd yang mahir dan berpengalaman dalam menguruskan cukai.

4. Pelbagai testimonial menarik

Terdapat pelbagai testimonial menarik dari pelbagai syarikat dan perusahaan di Malaysia yang telah menggunakan servis mereka. Rata-rata testimoni pelanggan memuji servis Genuine Consultancy Sdn Bhd. 

Bukan itu sahaja, ramai juga pelanggan yang memaklumkan bahawa pihak bank turut memuji hasil kerja syarikat ini yang kemas, teratur, dan jelas. Ia membantu memudahkan proses pinjaman. Anda boleh melihat kesemua testimoni pelanggan pada laman sesawang mereka di https://pakarcukai.com.my

5. Meliputi enam buah negeri di Malaysia

Akhir sekali, syarikat Genuine Consultancy Sdn Bhd sentiasa memperluaskan servis mereka ke seluruh negara agar lebih ramai lagi akan mendapat manfaat. Sehingga kini, servis mereka meliputi 6 buah negeri di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur. Selangor. Seremban Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, serta Ipoh Perak. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan servis cukai daripada pihak Genuine Consultancy Sdn Bhd, anda boleh berhubung dengan mereka di talian 012-2064182. Anda juga boleh melayari lawan sesawang mereka di https://pakarcukai.com.my untuk maklumat lanjut.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone

+60 12 2064 182

Address

23D, WISMA AMPANG TRIANGLE, JALAN MAMANDA 7/1, 68000 AMPANG SELANGOR