Anda menghadapi masalah pengurusan akaun dan cukai? Tidak faham sebab mengapa pengurusan akaun penting untuk cukai? Anda tidak keseorangan!
Kalau ditanya berkenaan akaun dalam kalangan orang yang menjalankan perniagaan, boleh dikatakan majoriti peniaga akan mengaku mengalami masalah perakaunan. Malahan, ada yang beranggapan bank akaun mereka berfungsi semata-mata untuk menunjukkan kedudukan syarikat. Walau bagaimanapun, tanggapan itu sangatlah salah kerana akaun bank tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang sebenar bagi sesebuah syarikat.
Mengapa pengurusan akaun penting untuk cukai??
Ramai yang tidak menyedari keperluan mempunyai akaun yang lengkap. Sememangnya proses membuat persediaan akaun yang lepas tanpa kemaskini dengan baik bukan semudah yang disangkakan. Ia melibatkan masa kerana transaksi yang sudah lepas juga turut memainkan peranan bagi mengesan kesilapan-kesilapan yang kerap berulang dan merugikan peniaga. Tanpa pengurusan akaun yang betul, bukan sekadar risiko membuat keputusan yang salah yang anda akan alami, malahan juga risiko dikenakan kompaun oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam juga akan timbul.
Seharusnya, peniaga sudah mula berfikir tentang pentadbiran dan pengurusan dari titik permulaan menjalankan perniagaan. Amatlah digalakkan bagi para peniaga untuk memastikan penyediaan akaun yang baik dan tersusun. Kelebihan dalam menyediakan akaun antaranya ialah:
1) Mengenalpasti kedudukan kewangan syarikat yang sebenar
Adalah penting bagi peniaga untuk mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat yang benar untuk mengelak perbelanjaan yang tidak sesuai pada waktu tertentu serta masalah aliran tunai. Ramai peniaga yang mengalami masalah tersekat dari melakukan transaksi di bank disebabkan baki bank yang tidak cukup dalam menampung perbelanjaan yang dibuat. Oleh sebab ini, kemaskini akaun yang kerap adalah penting untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
2) Membuat analisa dan perancangan
Akaun atau penyata kewangan yang lengkap ialah akaun yang terdiri imbangan duga, penyata untung dan rugi serta penyata aliran tunai. Melalui penyediaan penyata kewangan yang lengkap, anda boleh ketahui dan analisa kewangan syarikat anda; sama ada syarikat anda membuahkan keuntungan atau sebaliknya. Antara analisa yang anda boleh buat dengan penyata kewangan yang lengkap termasuklah:
a) Nisbah Kecairan
Nisbah kecairan bertujuan untuk merujuk kepada keupayaan syarikat dalam memenuhi tuntutan kematangan jangka pendek atau obligasi. Ia terdiri daripada beberapa perkara seperti modal kerja bersih, nisbah semasa dan nibah cepat.
b) Nisbah Pengurusan Aset
Nisbah ini merujuk kepada kecekapan syarikat untuk menggunakan aset serta berapa cepat akaun tertentu boleh ditukar kepada jualan dan tunai. Nisbah ini sangat penting dalam memastikan aset yang berada di syarikat seperti penghutang, inventori dan aset tetap mampu ditukarkan ke jualan dan tunai.
c) Nisbah Keberuntungan
Nisbah keberuntungan ini merujuk kepada keberkesanan sesebuah syarikat dalam menjana pulangan daripada pelaburan dan jualan seperti margin keuntungan kasar, margin keuntungan bersih, margin keuntungan operasi, pulangan daripada aset dan pulangan daripada ekuiti.
Margin untung kasar diguna untuk mengetahui sama ada keuntungan kasar perniagaan yang diperoleh adalah sesuai dengan perniagaan yang dilakukan. Hal ini bermakna sekiranya peniaga tersebut menjual perabot, maka beliau hendaklah memastikan margin yang diperolehinya tidak jauh berbanding dengan pesaingnya. Seandainya margin untung kasar adalah jauh, peniaga tersebut perlu mengambil tindakan untuk merapatkan semula margin dengan meningkatkan harga jualan atau mengurangkan kos.
d) Nisbah Nilai Pasaran
Nisbah nilai pasaran merujuk kepada kebolehan sesebuah syarikat untuk mewujudkan nilai pasaran melebihi kos pelaburan. Meskipun pelbagai nisbah nilai pasaran sedang digunakan, nilai pasaran yang paling popular adalah pendapatan sesaham, nilai buku sesaham, dan nisbah harga-pendapatan. Nisbah-nisbah ini membantu menilai status ekonomi syarikat yang didagangkan secara umum dan boleh memainkan peranan dalam mengenal pasti stok yang boleh dinilai terlebih nilai, undervalued, atau berharga secara adil.
3) Dapat mengenalpasti dan mengelak penyelewengan
Aliran tunai dan pengeluaran duit yang tidak dikawal akan menyebabkan penyelewengan mudah berlaku dalam sesebuah perniagaan. Akaun yang tidak dapat dikemaskini memudahkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan tersebut.
Sebagai contoh, kerani yang kerap menyediakan bayaran pendahuluan pada pekerja syarikat memiliki akses sepenuhnya untuk membolehkannya memanipulasi aliran tunai disebabkan tiada rekod tentang bayaran pendahuluan tersebut. Maka tindakan untuk mendapat maklumat terperinci serta dokumen sokongan ke atas pekerja tersebut juga tidak dibuat. Sebagai akibat, syarikat yang terpaksa menanggung kerugian disebabkan kelemahan pengurusan dan penyelewengan pekerja mereka.
4) Merancang percukaian syarikat bagi tahun semasa
Hakikatnya, syarikat mempunyai pilihan dalam memastikan jumlah cukai yang dibayar adalah tepat dan mengikut keuntungan yang sebenar bagi tahun semasa tersebut. Sekiranya syarikat menyasarkan cukai yang sepatutnya bagi tahun semasa, syarikat perlu memantau perbelanjaan dan pendapatan yang dikenakan cukai. Perkara ini hanya boleh dilakukan sekiranya syarikat sentiasa memantau akaun, corak pengaliran pendapatan dan perbelanjaan syarikat.
5) Merancang strategi pengurusan risiko
Setiap keputusan yang dibuat oleh syarikat akan membawa risiko tersendiri. Risiko syarikat perlu diuruskan dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya risiko yang tidak mampu ditanggung. Jadi, pemantauan akaun secara berkala perlu dilakukan. Contohnya, risiko bankrupsi boleh dielak dengan mengetahui aliran transaksi duit masuk, memantau kutipan penghutang secara aktif, dan memantau transaksi duit keluar atau perbelanjaan.
6) Pinjaman mudah diluluskan
Dengan adanya akaun secara berkala, syarikat boleh merancang corak aliran kewangan syarikat bagi memastikan syarikat menghasilkan keuntungan yang kukuh dalam tahun semasa. Hal ini penting bagi pihak bank untuk menilai pinjaman yang akan diluluskan. Selain itu, pihak syarikat perlu menyediakan akaun yang terkini kepada pihak bank. Akaun yang tersusun dan lengkap akan melancarkan proses mendapatkan kelulusan pinjaman.
Sememangnya normal bagi para peniaga dan usahawan untuk mula berasa resah dan susah hati tatkala topik berkenaan cukai perniagaan dibangkitkan. Bukannya senang nak dapat untung perniagaan! Tahu-tahu sahaja surat daripada LHDN sudahpun tiba di pejabat, minta bayar itu dan ini. Dalam hal ini, servis cukai syarikat Sendirian Berhad, Pakar Cukai, atau lebih dikenali dengan Genuine Consultancy sedia membantu anda!
Servis cukai syarikat SDN BHD ini bertapak di Cheras, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan segala informasi yang diperlukan dengan melayari pakarcukai.com.my.
Anda juga boleh melayari media sosial Genuine Consultancy di Facebook, Instagram, Telegram dan YouTube untuk mendapatkan informasi yang lebih padu tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka sediakan!Anda memerlukan servis cukai syarikat SDN BHD? Masih ada persoalan: mengapa pengurusan akaun penting untuk cukai? Hantar sahaja mesej anda kepada Genuine Consultancy melalui WhatsApp di +6 012-2064182 dan anda boleh terus berhubung dengan consultant anda secara ekslusif. Mudah sahaja, bukan?