
Tahu tak perniagaan enterprise juga perlu membayar cukai? Siapa yang boleh buat cukai enterprise? Jika kita sebagai pemilik perniagaan enterprise gagal untuk membayar cukai, denda dan penalti menanti. Macam pantun kan bunyinya tu? Tapi itulah hakikatnya.
Jumlah penalti atau denda pula bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh
- Kesalahan sengaja mengelak untuk membayar cukai. Denda atau penalti yang boleh dikenakan ke atas syarikat adalah denda RM1,000 sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali serta 300% atas cukai terkurang lapor.
- Jika tidak menyimpan rekod pula, anda boleh didenda sebanyak RM300 sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Ada banyak lagi contoh kesalahan yang boleh dikenakan denda atau penalti. Anda boleh rujuk laman web LHDN untuk info lanjut.
Apakah Perniagaan Enterprise?
Sebelum kita bercerita lebih jauh tentang cukai, jom kita baca dulu serba sedikit berkenaan perniagaan enterprise. Enterprise bermaksud perniagaan yang ditubuhkan secara pemilikan tunggal. Dalam bahasa mudahnya hanya seorang sahaja pemilik syarikat dan yang menguruskannya juga seorang sahaja.
Urus niaga dan modal pun biasanya secara kecil kecilan. Pemilik perniagaan berhak mendapat semua keuntungan dan juga menanggung segala kerugian. Ha, jangan nampak yang keuntungan je, biasalah meniaga ni ada masa rugi juga.
Cukai yang dikenakan juga adalah dalam bentuk perseorangan melalui cukai pendapatan dan biasanya kadar cukai yang dikenakan kepada perniagaan enterprise agak tinggi berbanding Sendirian Berhad. Di sinilah pentingnya peranan seseorang yang arif untuk buat cukai enterprise supaya anda boleh meminimumkan kadar cukai yang perlu di bayar. Dengan kepakaran dan pengalaman kami, cukai boleh diminimumkan dengan mengambil kira semua pemotongan dan pelepasan yang berhak anda terima. Jadi pilih yang mana anda nak? bayar cukai atau dikenakan denda?
Perlu diingatkan apa sahaja perniagaan yang mendatangkan keuntungan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), jika tidak anda boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara 2 tahun di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1956. Alahai denda lagi. Banyak betul denda kan? Maka ikutlah peraturan yang sudah digariskan oleh kerajaan bagi mengelakkan perniagaan anda didenda.
Siapa yang Buat Cukai Enterprise ni?
Sudah panjang lebar bercerita, kita kembali kepada persoalan siapa pula yang buat cukai enterprise ni?
Jawapannya dah tentulah Pakar Cukai Malaysia (pakarcukai.com.my). Untuk mereka yang baru sahaja menjalankan perniagaan dan tidak pasti bagaimana hendak buat cukai enterprise boleh menggunakan perkhidmatan kami.
“Ala kami bisnes kecil kecilan je, untung banyak mana sangat lah sampai nak kena cukai”
Jangan begitu ya…tuan puan sekalian. Seperti yang telah dinyatakan, keuntungan yang dihasilkan dikira sebagai pendapatan individu atau perseorangan di mana cukai yang dikenakan juga adalah sebagai cukai pendapatan individu. Apa yang penting segala dokumen dan transaksi termasuk sekecil-kecil transaksi disimpan dan direkodkan untuk rujukan. Jangan risau kerana dengan Pakar Cukai semua kami akan buat.
Bagaimana pula dengan yang dah lama berdaftar dengan SSM tapi tidak pernah buat cukai enterprise ni?
Jangan risau, belum terlambat lagi nak kembali ke pangkal jalan dan memulakan ‘perhubungan’ anda bersama LHDN. Tapi yang pasti akan ada penalti dikenakan. Tak mengapa, serahkan kepada Pakar Cukai supaya kadar penalti dapat diminimumkan. Tak apa jika anda tak tahu, kami boleh bantu. Yang penting perkhidmatan kami telus dan tidak menyalahi undang-undang negara.
Kesimpulannya, tiada apa yang perlu dibimbangkan jika anda sebagai pemilik perniagaan menggunakan kepakaran kami untuk buat cukai enterprise. Caj yang dikenakan juga sangat berbaloi jika hendak dibandingkan dengan penalti atau denda yang mungkin anda kena bayar.
Cukai ini penting selain daripada sebagai pendapatan negara, ia juga membantu negara membangunkan fasiliti dan perniagaan anda juga akan mempunyai prestasi yang baik, bertanggungjawab, serta meningkatkan kepercayaan pelanggan ketika berurusan dengan anda.
Untuk lebih informasi anda boleh layari laman webpakarcukai.com.my atau berhubung terus dengan pegawai kami.