
“Berniaga dah lebih 5 tahun tapi tak pernah declare cukai. Alah untung banyak mana sangat syarikat enterprise je.” Alamak tuan puan jangan begitu. Jika sudah berdaftar dengan SSM adalah wajib untuk failkan cukai, tidak kira untung atau rugi. Nak kami share tips cukai enterprise? Mudah je.
Pada Jun 2022 LHDN ada membuat kenyataan media di mana mereka mengesan seramai 23, 751 entiti (indivitu atau perniagaan enterprise) yang tidak melaporkan pendapatan kepada HASIL. Ini menyebabkan ketirisan cukai langsung yang dianggarkan bernilai lebih dari RM600 juta. Macam-macam negara boleh buat dengan 600 juta tu tau.
Sebelum kami kongsikan tips cukai enterprise anda perlu tahu bahawa enterprise bukan syarikat ya. Enterprise adalah lesen-niaga SSM atau pendaftaran perniagaan di mana kadar cukai yang dibayar adalah sama dengan kadar cukai pendapatan peribadi.
Tips Cukai Enterprise – Tak susah tapi tak mudah
Untuk perniagaan enterprise apa yang penting untuk cukai adalah
- Perniagaan anda sudah cukup 12 bulan.
- Perniagaan yang cukup 12 bulan beroperasi perlu declare dengan LHDN.
- Daftar nombor cukai pendapatan
- Kod OG adalah untuk individu yang menjalankan perniagaan secara milikan tunggal. Bagaimana nak dapatkan nombor ni? Hadirkan diri ke cawangan LHDN dan boleh daftar. Buat pendaftaran sekali untuk E-Filling untuk penghantaran borang cukai secara online.
- Akaun.
- Pemilik ‘wajib’ hantar laporan untung rugi serta pengiraan cukai taksiran kepada LHDN. Segala dokumentasi perlu simpan sekurang-kurangnya 7 tahun. Buat fail dan rekod. Laporan kewangan ini tidak perlu audit. Jika untung, bayar cukai, jika rugi tak perlu bayar cukai. Tak susah pun kan tapi akan jadi tidak mudah bila tiada rekod akaun dan dokumentasi juga huru hara. Boleh saja untuk upah juru akaun seperti Pakar Cukai Malaysia (pakarcukai.com.my). Yang penting simpan semua resit belian, rekod segala perbelanjaan tunai dan asingkan resit mengikut bulan. LHDN akan buat audit setiap 4 tahun.
- Borang B
- Ini adalah borang yang perlu diisi untuk dihantar kepada LHDN. Jika anda juga adalah pembayar zakat tidak bermakna tidak perlu membayar cukai. Hanya akan diberi pelepasan sahaja. Maka cukai yang perlu dibayar mungkin berkurangan.
- Cetak & simpan slip bayaran.
- Pastikan selepas selesai pembayaran. Slip bayaran perlu dicetak dan disimpan di dalam fail. Ini memudahkan anda jika LHDN hendak buat audit kepada perniagaan anda.
Bagaimana tips cukai enterprise yang kami kongsikan? Membantu? Jika dari awal permulaan perniagaan segala dokumentasi lengkap ia akan mudah. Tambahan kepada tips cukai enterprise di atas tadi,
- Pastikan simpan penyata bank atau bank statement perniagaan anda setiap bulan, bukan setahun sekali ye. Cetak dan simpan dalam satu fail khas.
- Rekod dan simpan resit jualan, belian dan belanja. Ini pun asingkan dalam satu fail khas.
- Semua aset seperti komputer, meja, kerusi dan sebagainya yang dibeli untuk kegunaan perniagaan direkod.
- Pembayar zakat? Segala resit bayaran zakat juga perlu disimpan dalam fail.
- Nak mudah? Upah je Pakar Cukai untuk buat. Mudahkan kerja-kerja bahagian akaun dan cukai perniagaan anda.
Secara ringkasnya, jika dilihat segala tips cukai enterprise yang kami kongsikan, boleh disimpulkan bahawa, akaun perniagaan adalah sangat penting dalam penyediaan untuk menghantar borang B ke LHDN. Segala dokumen juga perlu lengkap, jika tidak penalti akan dikenakan. Untuk memudahkan kerja anda sebagai pemilik perniagaan, perkara berkenaan cukai boleh serahkan sahaja kepada pakarcukai.com.my, kami boleh membantu dalam banyak perkara dari segi khidmat nasihat dan juga mengurus akaun anda. Nak tahu banyak lagi? Boleh follow atau hubungi wakil kami untuk tips cukai enterprise.