Sememangnya merupakan perkara normal bagi para peniaga dan usahawan untuk mula berasa resah dan susah hati tatkala topik berkenaan cukai perniagaan dibangkitkan. Boleh sakit kepala memikirkan hal yang tidak sudah-sudah. Bukannya senang nak dapat untung perniagaan! Tahu-tahu sahaja surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudahpun tiba di pejabat, minta bayar itu dan ini. Tak mengapa, anda jangan risau. Servis cukai syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD), Pakar Cukai, atau lebih dikenali dengan Genuine Consultancy sedia membantu anda!
Genuine Consultancy merupakan sebuah organisasi yang pakar dalam menawarkan servis susun atur akaun dan cukai perniagaan enterprise dan SDN BHD. Organisasi ini mensasarkan untuk menjadi pemimpin perkhidmatan perundingan terbaik dalam sektor pembayaran cukai, terutamanya dalam bidang perakaunan dan Latihan berkenaan profil kewangan 2030.
Selain itu, adalah merupakan misi bagi Genuine Consultancy untuk membantu usahawan menjadi lebih sedar dan fokus dalam membuat keputusan yang melibatkan arah tuju strategi perniagaan mereka.
Adalah penting bagi anda untuk memastikan terlebih dahulu sama ada anda tergolong dalam kalangan yang wajib menyatakan cukai ataupun tidak. Ada tiga individu yang diwajibkan untuk menyatakan cukai, iaitu:
- individu yang telah mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan menjalankan perniagaan,
- individu yang terlibat secara langsung dalam hal jual beli tanah, dan
- individu yang berpendapatan melebihi RM35 000 setahun.
Tahukah anda, untung dan rugi dalam sesebuah perniagaan adalah wajib direkod setiap tahun? Ramai orang yang salah faham dan berfikir bahawa mereka tidak perlu menyatakan cukai sekiranya perniagaan mereka mengalami kerugian.
Tetapi realiti ialah sebaliknya. Walaupun anda tidak memperoleh sebarang keuntungan, anda tetap wajib menyatakan cukai di LHDN selagi anda tergolong dalam kalangan tiga individu di atas. Bukan itu sahaja, banyak lagi salah faham lain yang berlaku sehinggalah mereka dikenakan denda yang mencecah ribuan ringgit!
Banyaknya salah faham yang berlaku di kalangan usahawan tentang cukai ini berpunca daripada kurangnya ilmu tentang cukai atau tiada kefahaman langsung tentang cukai. Oleh sebab itulah, ramai peniaga menggunakan servis cukai Syarikat SDN BHD yang ditawarkan oleh Genuine Consultancy.
Bagi anda yang masih dalam proses berjinak-jinak dengan pembayaran cukai perniagaan, mungkin anda tertanya-tanya… apa sebenarnya Syarikat SDN BHD ini?
Syarikat SDN BHD ditubuhkan dibawah undang-undang Syarikat yang mempunyai hak dibawahnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan, memiliki atau menjual harta, meminjam wang, mengambil dan diambil tindakan oleh mahkamah dan membuat perjanjian dengan sebarang entiti.
Syarikat Berhad adalah perniagaan yang ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan terbahagi kepada 3 bentuk, iaitu: 1. Sendirian; 2. Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.); dan 3. Berhad (Bhd.). Sebagai tambahan, Syarikat Sdn. Bhd. dan Bhd. adalah terhad dengan saham.
Apa lagi ciri-ciri yang menjadikan sesebuah syarikat itu Sendirian Berhad, ya?
Terdapat banyak ciri-ciri syarikat SDN BHD ini. Antaranya ialah syarikat ini dikawal dibawah Akta Syarikat 1965, merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik dan dimiliki oleh dua hingga 50 orang Pemegang Saham.
Selain itu, pemilik syarikat mempunyai liabiliti yang terhad, saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran terbuka, syarikat tidak tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), atau paling mudah, anda boleh kenali syarikat-syarikat ini melalui tambahan “Sdn. Bhd.” pada akhir nama mereka.
Anda boleh dapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan syarikat SDN BHD di laman web LHDN, ataupun melalui servis cukai syarikat SDN BHD!
Genuine Consultancy sedia membantu anda menguruskan pembayaran cukai dengan jaminan siap dalam masa tiga minggu sahaja! Anda juga dijanjikan kualiti servis yang terbaik pada harga yang berpatutan. Malahan, anda sebagai client boleh mendapatkan penyelesaian masalah secara ekslusif!
Nak tahu apa yang lebih menarik?? Genuine Consultancy menyediakan perkhidmatan 24 jam sehari! Jadi, anda boleh hubungi admin pada bila-bila masa sahaja. Tak percaya?? Anda boleh tengok sendiri testimoni yang dikongsi oleh para pelanggan yang telah menggunakan servis cukai syarikat SDN BHD ini.
Bukan setakat servis cukai syarikat SDN BHD sahaja, Genuine Consultancy juga berpengalaman dalam menguruskan hal-hal pembayaran cukai untuk membeli rumah, membeli kereta idaman, mendapat pinjaman perniagaan, mengurangkan cukai dengan cara yang sah serta menyelamatkan anda daripada diganggu oleh LHDN.
Servis cukai syarikat SDN BHD ini bertapak di Cheras, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, anda boleh mendapatkan segala informasi yang diperlukan dengan melayari pakarcukai.com.my.
Anda juga boleh melayari media sosial Genuine Consultancy di Facebook, Instagram, Telegram dan YouTube untuk mendapatkan informasi yang lebih padu tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka sediakan!
Anda memerlukan servis cukai syarikat SDN BHD? Hantar mesej anda kepada Genuine Consultancy melalui WhatsApp di 012-2064182 dan anda boleh terus berhubung dengan consultant anda secara ekslusif. Mudah sahaja, bukan?Dengan harapan peniaga-peniaga tempatan boleh mengamalkan sistem percukaian dengan cara yang sah dan optimum, Genuine Consultancy sentiasa berusaha membantu usahawan yang keliru atau ada masalah berkenaan cukai atau aspek-aspek pematuhan undang-undang LHDN.