Mendapatkan servis buat Akaun Perniagaan adalah sangat penting dalam setiap perniagaan yang dijalankan. Apabila anda ingin menjalankan perniagaan, anda memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Setiap perniagaan adalah ibadah sekiranya dilaksanakan dengan niat untuk mendapatkan rezeki yang halal. Dengan rezeki daripada perniagaan yang halal itu anda dapat mengubah kehidupan  yang sebelum ini serba kekurangan. Daripada rezeki tersebut, dapatlah anda membantu mereka yang memerlukan dan dalam masa yang sama menjadikan kehidupan anda sebagai contoh teladan kepada mereka yang masih dihimpit kesulitan hidup. 

Keuntungan yang didapati daripada perniagaan perlulah diuruskan dengan sebaik mungkin. Ini bagi memastikan setiap aliran tunai keluar masuk dapat diketahui dengan jelas supaya tunai boleh diagihkan secara relevan agar perniagaan yang diuruskan berjalan dengan lancar kesan sokongan pengurusan kewangan yang baik. 

Sedihnya, kajian menunjukkan terdapat individu yang memulakan perniagaan tidak mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun pertama akibat daripada kegagalan menguruskan kewangan dan pengurusan akaun yang lemah. Jadi keperluan mempunyai rekod bagi setiap transaksi perniagaan; pendapatan dan perbelanjaan perniagaan atau syarikat adalah untuk mengenalpasti samada sesebuah perniagaan itu mengalami keuntungan atau kerugian dalam jangka masa tertentu. 

Bagi menyediakan laporan kewangan yang baik, setiap perniagaan perlu mempunyai pengetahuan asas tentang cara urus perniagaan. Ini turut termasuk pengetahuan dalam mengira akaun perniagaan. Namun bagaimana pula para peniaga yang baru memulakan perniagaan dan mempunyai pengetahuan yang terhad tentang pengurusan akaun perniagaan? Pada tahap ini, selalunya peniaga masih lagi mencari hala tuju, sentiasa berjimat cermat dan mengambil jalan selamat dengan tidak lagi mengambil pekerja ‘rasmi’ ekoran perniagaan yang belum tentu perkadaran untung dan ruginya.   

Pada tahap inilah kebanyakan perniagaan memerlukan servis buat akaun perniagaan luar. Ini bermaksud anda melantik syarikat servis buat akaun perniagaan yang berkepakaran dalam bidang tersebut, untuk membantu anda menstrukturkan akaun perniagaan anda. Ini sekali gus dapat membantu anda membuat perhitungan apa langkah seterusnya yang perlu anda ambil berdasarkan latar kewangan yang perniagaan anda telah capai. 

Berdasarkan servis buat akaun perniagaan ini, anda boleh membuat ramalan samada untuk terus memajukan perniagaan beberapa langkah ke hadapan, atau cuba mencari alternatif lain bagi memastikan kelangsungan perniagaan disebabkan perniagaan yang mungkin belum mencapai titik pulangan modal. 

Syarikat servis buat akaun perniagaan yang perlu anda lantik mestilah sebuah syarikat yang berpengalaman luas dan mempunyai kepakaran yang cukup dalam selok-belok perakaunan supaya akaun anda akan terhasil kemas dan lengkap. Kurang kepakaran akan menyebabkan akaun anda menjadi tidak teratur dan mungkin anda mana-mana transaksi tidak dimasukkan yang menyebabkan anda menginterpretasi akaun perniagaan anda secara salah. 

Kesilapan dalam menginterpretasi akaun perniagaan akan menyebabkan anda salah membuat perhitungan dan mungkin perniagaan terpaksa dihentikan akibat kekurangan dana disebabkan perbelanjaan yang melebihi dapatan daripada perniagaan. Jadi uruskan perniagaan anda dengan sebaik mungkin dan biarkan syarikat servis buat akaun perniagaan terbaik yang ambil peduli dengan akaun perniagaan anda. 

Apa yang mesti ada di dalam akaun perniagaan? Di bawah adalah ringkasan apa yang patut ada dalam akaun perniagaan anda. 

  1. Rekod semua transaksi

Perniagaan yang sihat adalah perniagaan yang merekodkan semua transaksi yang berlaku atas nama perniagaan. Walaupun hanya melibatkan nilai kecil. Transaksi yang tidak di rekod umpama duri dalam daging bagi sesebuah perniagaan.

  1. Akaun bank perniagaan 

Apabila anda membuka akaun berasingan bagi perniagaan anda, tiada lagi istilah tersilap menggunakan duit perniagaan atau syarikat untuk perbelanjaan lain terutamanya bagi perbelanjaan peribadi. Jadi tidak kira samada perniagaan kecil ataupun besar semuanya memerlukan akaun khusus agar semua dapatan atau perbelanjaan dalam perniagaan dapat dikawal sebaik mungkin. 

  1. Kos belian/kos jualan 

Merupakan transaksi penggunaan tunai dan pendapatan tunai dalam sesebuah perniagaan bagi membuktikan keluar masuk barangan yang dibeli atau dijual dalam sesebuah perniagaan berkadar dengan tunai yang dikeluarkan atau diterima oleh perniagaan. Catatan seperti jenis barangan, kuantiti, tarikh transaksi, nama sumber dan tunai yang terlibat perlulah di rekod secara terperinci bagi memudahkan rujukan semula nanti. Semua resit bayaran atau terima tunai dan sebarang catatan yang merekodkan bukti transaksi perlu disimpan untuk suatu jangka masa untuk memudahkan ‘cross-check’ dilakukan. 

  1. Kos-kos lain

Merujuk kepada kos yang digunakan bagi menjayakan perniagaan. In termasuklah kos pengangkutan, sewaan premis, gaji pekerja, bil air/elektrik dan sebagainya. Juga pastikan sebarang catatan bukti transaksi disimpan dengan sebaik mungkin.

  1. Petty cash

Tabung bagi penggunaan masa kecemasan. Namun bahagian ini perlu diminimumkan bagi mengelakkan pengambilan yang keterlaluan bagi kegunaan bukan untuk perniagaan.

  1. Ambilan dan Modal

Seringkali berlaku pertukaran harta perniagaan dengan akaun peribadi. Lebih-lebih lagi bagi perniagaan kecil-kecilan dan enterprise. Ini termasuk menggunakan harta syarikat untuk tujuan peribadi ataupun menggunakan harta persendirian sebagai modal untuk perniagaan. Pastinya segala bukti perlu direkodkan untuk memudahkan sebarang bentuk pindah milik pada masa akan datang.

Mengapa anda memerlukan servis akaun perniagaan walaupun perniagaan anda adalah secara kecil-kecilan?

  1. Pengurusan secara sistematik

Pengurusan perakaunan yang sistematik amat penting untuk memudahkan kawalan keseluruhan sesebuah perniagaan. Peniaga juga digalakkan untuk melantik mereka yang bertauliah untuk menjalankan servis buat akaun perniagaan. Selain akaun perniagaan lebih sistematik, mereka juga boleh bertindak sebagai konsultan perniagaan anda.

  1. Tidak hilang kawalan

Apabila semua direkodkan secara sistematik, ia membantu peniaga merancang sesuatu untuk memajukan perniagaan. 

  1. Mengelakkan kecurian duit perniagaan

Apabila anda menubuhkan perniagaan, duit dalam perniagaan dan duit peribadi anda adalah dua entiti yang berbeza. Ini bagi memastikan pusingan modal, pembayaran kos dan pelaburan untuk perniagaan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. 

  1. Bagi menjamin kelangsungan perniagaan

Apabila adanya segala rekod transaksi secara sistematik, semua perkara yang perlu dilakukan oleh sesebuah perniagaan termasuklah urusan percukaian dapat diuruskan mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan. 

Genuine Consultancy Sdn. Bhd. sentiasa komited dalam membantu peniaga kecil dan sederhana yang tidak mempunyai masa serta ilmu pengetahuan dalam penyediaan akaun dan percukaian. Banyak pelanggan yang amat berpuas hati dengan servis buat akaun perniagaan yang dijalankan oleh Genuine Consultancy Sdn. Bhd. dan kekal menjadikan syarikat ini sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga urusan perakaunan perniagaan mereka. Dengan tenaga kerja tetap dan sambilan yang terbaik, anda yang mempunyai perniagaan kecil atau sederhana boleh meletakkan kepercayaan yang tinggi bagi kepada Genuine Consultancy Sdn. Bhd.. menjadi agenda mereka untuk memastikan perniagaan anda berubah daripada biasa kepada luar biasa. Segala maklumat lanjut anda boleh layari pakarcukai.com.my. Servis buat akaun perniagaan oleh Genuine Consultancy Sdn. Bhd. pasti akan menjadi pemangkin kemajuan perniagaan anda.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phone

+60 12 2064 182

Address

23D, WISMA AMPANG TRIANGLE, JALAN MAMANDA 7/1, 68000 AMPANG SELANGOR